Friday, January 25, 2008

GASING DI KELANTAN

PENGENALAN

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing ialah alat permainan yang diprbuat daripada kayu keras, kuat dan liat, mempunyai pelbagai bentuk seperti bulat, leper, bujur dan sebagainya.

Gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang sangat popuala di negeri Kelantan pada masa dahulu. Permainan ini bukan sahaja menjadi permainan golongan remaja dan kanak-kanak malah turut dimainkan oleh orang dewasa. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu pada zaman dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Hal ini, telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Gasing banyak memberi faedah kepada masyarakat antaranya ialah sebagai hiburan, memanafaatkan bahan terbuang dan serpihan kayu serta mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu. Hal ini, terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing dan teknik permainan. Permainan gasing ini banyak menguji kepantasan, memupuk semangat kekitaan yang tinggi, bekerjasama kemahiran dan kebolehan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi serta ketepatan yang begitu penting dalam permainan ini.

Permainan ini juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang untuk meredupkan gelanggang.. Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.

Di Kelantan terdapat tiga jenis gasing iaitu gasing uri, gasing pinang dan gasing pangkah. Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing pihak lawan. Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah. Pemusing akan memusingkan empat buah gasing dalam bulatan. Manakala pasukan pemangkah akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. Pasukan ini akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar undang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan maka ia pula akan menjadi pemusing. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang Berjaya memangkah. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.

Manakala gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Gasing ini menggunakan buah pinang muda yang dikupaskan sabut dan kulitnya. Di bahagian atas dan bawah buah pinang dipangkaskan. Kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Gasing uri merupakan gasing yang begitu popular di Kelantan. Gasing ini dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Kebiasaannya gasing uri berpusing selama 1 hingga 2 jam. Sebiji gasing boleh mencapai sehingga 5.5 kg. Kebiasaannya gasing yang dimainkan seberat 2 setenggah kg dan sebesar 24 incin. Gasing uri yang lebih besar daripada 24 incin tidak boleh dimainkan atau tidak boleh berpusing lama. Manakala gasing yang paling kecil seberat 1 kg dan sebesar 18 incin. Menurut kepercayaan, gasing boleh berpusing melebihi 24 jam sekiranya ia diserapi oleh banyak semangat. Di gasing uri terdapat pemotek, pemukup, kepala, temalang, atau badan atau bahu, patak dan paksi.

ALAT-ALAT UNTUK MEMBUAT GASING

Setiap satu perkara yang hendak dibuat mestilah mempunyai barang yang lengkap baru sesuatu benda itu sempurna termasuklah membuat gasing. Alat-alat yang digunakan untuk membuat gasing ialah :

  • Kayu
  • Timah
  • Kuali besi
  • Tembaga
  • Tanduk kerbau
  • Gam
  • Varnish
  • Acuan
  • Plastik
  • Buluh
  • Tali
  • Jarum besar
  • Kikir
  • Kapak

CARA MEMBUAT GASING URI / GASING LEPER KELANTAN

Pilihan kayu begitu penting dalam menghasilkan gasing yang bermutu tinggi. Kebiasanya gasing diperbuat daripada pelbagai jenis kayu keras yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu seperti kayu merbau (merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah). Kayu merbau ini begitu popular kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah sepah. Selain, daripada kayu merbau terdapat kayu lain iaitu kayu leban tanduk, kayu limau, kayu bakau, kayu karan, kayu sepan, kayu penaga, kayu keranji, kayu jambu batu, kayu manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Bahagian kayu yang paling sesuai dijadikan gasing ialah bahagian buku. Hal ini kerana, bahagian buku mempunyai corak yang menarik sesuai dijadikan piasan. Selepas kayu yang sesuai dipilih, kayu ini akan dikeringkan selama dua hingga tiga minggu. Kemudian kayu itu dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar kesimbangan dari segi bulatnya supaya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah kayu siap dilarik sehingga licin dan mengikut bentuk serta saiz yang kehendaki iaitu antara 18 incin hingga 24 incin. Badan asasnya kecil sahaja, kemudian kayu tersebut akan dililiti dengan simpai. Hal ini, bertujuan untuk menambah berat lagi gasing itu sehingga seberat lima kilogram dan juga tidak mudah serpih. Gasing uri ini disimpai dengan menggunakan timah, besi dan plumbum. Jika simpai ini diperbuat
daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Simpai gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Kebiasaannya gasing uri menggunakan simpai timah. Timah dimasakkan sehingga cair di dalam kuali besi. Setelah timah itu cair, ia dituangkan ke kayu yang telah diletakkan di dalam acuan.

Selepas timah tadi kering, ia kemudiannya dilarik sekali lagi sehingga licin. Kemudian gasing tadi dipusing untuk mengetahui keseimbangan dan pusingannya. Jika gasing tadi tidak seimbang dan berrpusing dengan ligat, ia akan dilarik semula sehingga gasing itu seimbang dan berpusing lama ligat.

Setelah gasing siap dilarik sehingga licin dan seimbang, pemotek gasing iaitu hiasan kepala gasing uri pula dibuat. Pemotek gasing ini dibuat berasingan dengan gasing tadi. Pemotek ini diperbuat daripada sebarang logam atau plastik. Namun, kebiasaannya pemotek ini diperbuat daripada tembaga.

Selepas selesai membuat pemotek, pemukup pula pula dibuat. Pemukup ialah sejenis alat hiasan kepala gasing uri yang berada dibawah pemotek yang diperbuat daripada sebarang logam dan plastik. Tetapi bagi masyarakat Kelantan pemukup ini diperbuat daripada tanduk kerbau. Pemukup diambil dari hujung tanduk kerbau kemudian dilarik sehingga licin dan akhir sekali divarniskan. Apabila pemukup siap di varnis kepala gasing pula dicipta. Kepala gasing ialah bahagian atas tubuh gasing yang bulat dan kecil. Kepala ini diperbuat daripada plastik, kemudian plastik tersebut dibentuk untuk menjadi bentuk yang dikehendaki. Setelah pemotek, pemukup, dan kepala gasing siap dibuat, ia kemudian disambung ke tubuh gasing dengan menggunakan gam yang kuat.

Kemudian patak dan paksi pula dibuat, patak ialah bahagian di antara tubuh dengan paksi gasing. Bagi gasing uri, biasanya patak yang digunakan kecil untuk meligatkan pusingan gasing berbanding dengan gasing pangkah yang menggunakan patak yang lebih besar supaya menguatkan gasing . bagi gasing uri, kayu lain dipasakkan pada bahagian bawah labu. Manakala, paksi pula bahagian gasing berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas ‘paci’. Biasanya paksi ini diperbuat daripada jarum yang besar dan tahan lama. Selepas patak dan paksi siap, ia kemudian disambungkan ke bahagian di antara tubuh dengan paksi gasing dengan menggunakan gam yang kuat. Sebiji gasing biasanya mengambil masa selama empat hingga enam minggu untuk disiapkan.

Tali gasing begitu penting untuk memusingkan gasing, bahan daripada benang atau terap dan seumpamanya digunakan untuk dijadikan tali gasing. Bagi gasing pangkah hujungnya berambu-rambu dan lebih halus daripada pangkalnya manakala, gasing uri pula sebaliknya. Tali gasing uri diperbuat daripada plastik namun, hingga hari penggunaan bahan tali mula berubah daripada penggunaan plastik kepada penggunaan tali belon. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.

Setelah gasing dan tali gasing siap dibuat cagat, cokok dan lopak pula dibuat. Cagat diperbuat daripada buluh atau gentian, buluh yang sesuai dipilih, kemudian buluh tadi dibelah pada bahagian atas dan diikat dengan tali atau dawai pada bahagian yang dibelah tadi setelah cagat dapat disiapkan ia kemudiannya diletakkan di tanah untuk digunakan sebagai rumah lapok dalam permainan gasing uri.

Manakala cokok pula diperbuat daripada kayu atau besi digunakan untuk mencokok atau mengangkat gasing dalam permainan gasing uri. Alat ini biasanya berbentuk sudip untuk memudahkan kerja mengangkat gasing uri. cokok ini mempunyai panjang kira-kira 6 cm panjang. Lopak pula ialah alat yang digunakan sebagai tapak khusus untuk meletakka gasing uri semasa gasing tersebut di cokok yang berbentuk terak atau berbentuk pancang.


Pada bahagian badannya diperbuat daripada kayu manakala, di bahagian kepala pula diperbuat daripada kepingan logam yang nipis biasanya cekung dan bergaris pusat. Lopak ini sepanjang 45 cm manakala logamnya pula 4 hingga 5 cm. Menurut Encik Rajab iaitu pembuat atau pemain gasing uri yang agak terkenal di Kelantan memberi tahu beliau dapat menyiapkan gasing uri dalam masa satu hari jika mempunyai kelengkapan yang cukup untuk mmbuat gasing.

CARA BERMAIN GASING URI / GASING LEPER KELANTAN

Permainan gasing uri begitu berbeza dengan permainan gasing pangkah. Hal ini kerana, gasing uri lebih bersifat individual, manakala pemainan gasing pangkah lebih kepada berkumpulan. Gasing uri juga dimainkan secara memusing, manakala permainan gasing pangkah dimainkan secara memangkah iaitu dengan memangkah gasing pihak lawan supaya mati atau terkeluar.

Kaedah bermain gasing dahulu dengan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing yang membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Gasing uri dimainkan oleh dua kumpulan yang mengandungi lima orang setiap kumpulan. Gasing ini dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Kumpulan yang paling lama berpusing dan paling banyak tidak mati iaitu 2/3 di kira pemenang. Dalam permainan ini dua orang pembantu diperlukan, seorang sebagai pemegang cokok dan seorang lagi sebagai pemegang lopok.

Tempat bermain gasing uri atau arena gasing dipanggil bong. Bong ini diperbuat daripada tanah liat berukuran 60 cm x 60 cm dan maksimum berukuran 90 cm x 90 cm. Bong ini berpermukaan rata yang berbentuk segi empat atau bulat yang mempunyai garis pusat kira-kira 3.25 meter.

MELILIT TALI PADA GASING

Sebelum melilit tali gasing diletakkan getah pelekat seperti getah daripada pokok kecupu atau lilin kelulut untuk mengemaskan lilitan tali pada badan gasing. Bagi permainan gasing uri pemain tidak melilit tali . ia dililit oleh orang lain dan setelah kemas barulah diberikan kepada pemain. Sebelum melilit tali di gasing, tali terlebih dahalu diikat di pokok kayu. Hal ini bertujuan supaya lilitan itu menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.

Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya dalam keadaan rata. Jika keadaan tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Tali diilit melawan arah jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit pastikan tali tidak bertindih atau bersilang. Kalua tidak gasing tersebut akan borot dan membahayakan semua orang.

MEMUSINGKAN GASING URI

Setelah selesai tali dililit pada gasing, gasing uri akan diserahkan kepada permain. Permain akan memusingkan gasing dengan cara pusingan sentap. Gaya pusingan ini akan menghasilkan pusingan yang ligat, tegak dan kuat.

Pemain yang memegang gasing akan berdiri tegak , iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tanggan kira-kira 30 darjah dari paras lengan atau gasing diangkat pada paras bahu. Tangan dihayumkan kea rah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehingga tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing tersebut akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Sekiranya gasing ini dimainkan secara berkumpulan kesemua ahli kumpulan akan melepaskan gasing mereka secara serentak. Gasing akan berpusing mengikut arah jam.

Gasing yang sedang berpusing di atas tanah akan dibiarkan selama satu jam sebelum gasing tersebut di cokok oleh jong (jurucokok). Gasing tersebut akan diletakkan ke tapak uri yang sesuai. Tujuan gasing uri diangkat ialah untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Kerja mengkat gasing uri bukan dilakukan oleh pemain itu sendiri tetapi dilakukan oleh orang lain yanh pakar dalam mengcokok gasing.

Setelah gasing siap dicokok, ia kemudian akan diletakkan di atas lopak dan kemudian di atas cagat. Gasing itu akan dibiarkan berada di atas cagat sehingga ia berhentj berpusing. Kebiasaannya gasing uri akan berpusing selama satu setengah jam hingga dua jam atau lebih. Kumpulan yang paling lama berpusing dan paling banyak iaitu 2/3 akan dikira sebagai pemenang.

KESIMPULAN

Kesimpulan ini dapat dilihat apabila saya membuat kajian permainan gasing uri atau gasing leper di Kelantan ialah permainan gasing ini masih lagi dimainkan oleh orang dewasa. Namun, cara perbuatannya sudah mula dilupakan olegh generasi sekarang. Hal ini dapat dilihat pada Encik Rajab bin Haji Ali iaitu pembuat dan pemain gasing Uri yang terkenal di Kelantan tetapi anak-anaknya tidak menguasai warisannya.

Justeru, permainan gasing Uri di Kelantan akan terus maju sekiranya permainan gasing ini diperluaskan permainan supaya ia tidak dilupakan oleh generasi akan dating. Selain itu, jawatan kuasa khas haruslah diwujukkan untuk memelihara pembuatan dan pemainan gasing ini. Oleh itu, sama-samalah kita memartabatkan permainan gasing ini di Kelantan agar tidak ketinggalan zaman.

6 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.
Ada tak nombor telefon/alamat encik Rejab bin Ali, pembuat gasing uri. Kerana saya nak buat research berkenaan gasing uri. Harap dpt kerjasama. terima kasih.
emel saya : xmalscriptwriter@yahoo.com

Unknown said...

selamat sejahtera.
saya ingin minta sedikit pertolongan nak minta nombor telefon dan alamat encik rejab bin Ali, kerana saya ingin membuat kajian berkenaan gasing uri. terima kasih banyak2.
emel saya : kitchua93@hotmail.com

Unknown said...

salam..blh tak saya nk minta pertolongan...sy nak minta nombor tlfn milik en.rejab ali...untuk tujuan kajian latihan ilmiah sy berkenaan permainan tradisional gasing...trima ksih sudi tolong.
emel saya: sitinorazirah94@gmail.com

Anonymous said...

assalamuaikum...saya ingin meminta nombor en.rejab ali untuk saya buat kajian saya pasal gasing.
nie email saya: khairuliqbal1994@gmail.com

Anonymous said...

assalamuaikum...saya ingin meminta nombor en.rejab ali untuk saya buat kajian saya pasal gasing.
nie email saya: khairuliqbal1994@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum saya ingin meminta nombor en rejab kalau sesiapa ade boleh hntr ke email saya athirahyunus94@gmail.com