Friday, January 25, 2008

TEORI STRUKTURAL

PENGENALAN

Struktural mula tumbuh dan terkenal di Perancis menerusi Claude Levi-Strauss. Seorang antropologi K. M. Newton (1997:83) yang mengaplikasikan Strukturalisme Liguistik Saussure dalam kajiannya terhadap fenomena mitos, perhubungan kekeluargaan dan peraturan permakanan. Structural berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai usaha menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure. Terry Eagleton 1983 : 106. K. M. Newton, 1997 : 86 berpendapat sesuatu teori yang sangat terpengruh bagi menggantikan pandangan positivisme atau kaedah analisis yang berasaskan empirical. Ferdinand de Saussure iaitu seorang ahli falsafah swiss pada tahun 1857 hingga 1913.

Bresster Charles E, 1999 : 89 begitu percaya bahawa, bahasa mempunyai struktur dalamnya yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturannya yang sistematik. Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuk, bunyi-bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, pelbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan.

Teori struktural ialah suatu percubaan untuk menerapkan teori linguistic kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Saussure telah membezakan antara langue dan parole. Langue ialah aspek sosial bahasa manakala, parole pula realiti pengguna bahasa sebenar. Pemisahan dua istilah telah menjadi asas penting kepada semua teori structural yang terkemudian .
Pendekatan struktural menintikberatkan perkara-perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur sesebuah teks ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Kebiasaan structural ini sesuai digunakan untuk genre novel, cerpen dan drama.

Teori struktur juga mengatakan bahawa aksi dan peristiwa dalam cereka bergerak menurut hokum sebab dan akibat. Namun, hal ini telh ditentang oleh penelaah dalam era Marxisme. Hal ini kerana, bagi mereka, perubahan perilaku watak adalah disebabkan oleh transformasi fungsi. V. Propp menyenaraikan 31 fungsi dalam kajiannya terhadap cerita-cerita rakyat Rusia.

Apabila pegangan kritikawan memasuki era strukturalisme, tanggapan terhadap kesusasteraan berubah lagi. Kali ini subjek itu dilihat sebagai mengandungi unsur-unsur berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh iu, kajian tentang sesebuah karya kesusasteraan tidak boleh dipecahkan kerana setiap unsur mempunyai hubungan pertalian yang rapat dan harus dilihat sebagai kesatuan yang menyeluruh.

Goldmam percaya bahawa karya sastera merupakan sebuah struktur yang tidak statik, yakni digerakkan oleh proses-proses sejarah, strukturasi dan destrukturasi dalam sesebuah masyarakatyang melahirkan karya-karya tertetu.


PENDEKATAN STRUKTURAL

Struktural merupakan suatu fahaman yang wujud di Eropah berikutan dengan kebangkitan struktural linguistik yang dipelopori oleh Ferdinand de Soussure. Pendekatan struktural ini berasaskan kepada prinsip-prinsip teori strukturalisme. Teori ini mula berkembang pada tahun 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terrybagi Eagleton, 1983:106). Saussure yang merupakan seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) begitu percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturan yang sistematik (Charles E Bressler, 1999:89). Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuklah bunyi-bunyi yang dikenalpasti begitu bermakna, pelbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles E Bressler, 1999:89).

Manakala, melalui sudut kesusasteraan pula strukturalisme ialah satu pendekatan menganalisis karya sastera beraaskan teori teknikal. Strukturalisme merupakan satu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek dan kegiatan_kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Pendekatan stuktural akan meneliti dan menitikberatkan perkara-perkara dalaman (contain) yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangaan. Pendekatan ini menganalisis karya semata-mata berpandukan apa yang telah dihasilkan, tidak menghuraikan aspek ekstrinsiknya. Ia juga tidak menghubungkan antara karya dengan diri pengarang, latar belakang, pendidikan, fungsi kesusasteraan, keperluan semasa dan sebagainya. Pendekatan ini cuba melihat mutu pencapaian karya, bukan menyelidik karya tersebut.

Pendekatan ini mempunyai banyak konsep iaitu meletakkan karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri. Konsep yang kedua ialah menekankan aspek keberhasilan sesebuah karya dari segi isi dan bentuk sebagai panduan. Manakala konsep ketiga pula melihat sesebuah karya sastera berdasarkan komponen yang membina pengkaryaan, ia diharapkan dapat meneliti karya dengan cukup objektif dan adil. Konsep struktural yang keempat ialah factor keadilan dan keikhlasan seseorang pengkritik itun pernah dipertikaikan, terutama golongan pengkarya itu sendiri, kerana pengarang kurang menyenangi usaha para pengkritik. Konsep yang terakhir ialah kritikan ini cuba melihat perpaduan dan persesuaian di antara isi dengan bentuk.
Strukturalmelihat komponen-komponen karya sastera iaitu tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Komponen ini biasanya terdapat dalam novel, cerpen dan drama. Namun, komponen karya ini tidak sama penggunaannya dan fungsinya. Hal ini, dapat dilihat pada drama dan sajak berbeza dengan cerpen dan novel. Dalam drama, ia tidak mempunyai sudut pandangan, kerana menggunakan orang pertama dan orang ketiga sebagai cara pengarang menggambarkan karyanya. Manakala sajak pula pencipta lebih ke arah pembinaan bahasa atau stail. Kekuatan sajak ditekankan dari aspek ungkapan ayat seperti aspek aliterasi, asonansi, personafikasi, simile, metafora dan sebagainya.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN STRUKTURAL

Pendekatan ini muncul akibat penggemblengan konsep dominant dalam formalisme. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini tidak menerima prinsip formalisme yang menggkaji aspek-aspek struktur secara terpisah-pisah. Mereka juga tidak menerima konsep-sebab akibat dalam pembicaraan tentang plot sesebuah cereka yang terhasil daripada transformasi bentuk. Perkara ini telah dijelaskan oleh V. Propp dalam kajiannya terhadap cerita-cerita rakyat Rusia. Selain itu, mereka juga percaya wujudnya binary opposition dalam karya sastera. Kecenderungan kepada teks yang melampau telah mendorong Roland Barthes mengeluarkan pandangan bahawa setelah sesebuah karya terhasil, pengarangnya mati.

SEJARAH DAN TOKOH-TOKOH STRUKTURAL

Pendekatan structural ini bertapak di Praha, Slavia pada tahun 1930-an. Pendukung-pendukungnya ialah Mukarovsky dan Vodicka. Setelah itu diperkembangkan ke Rusia oleh Jurij Lotman, ke Perancis oleh Claude Levi Strauss dan Roland Barthes, kemudian diikuti oleh Todoroy, Greimas, Bremond dan Genette ke Eropah oleh I.A Richards dan T.S. Eliot serta ke Amerika Syarikat oleh Robert Penn Warren, Alan Tate, Cleanth Brooks, W.K. Wimsatt dan John Crowe Ransom. Pendekatan strukturalisme memasuki dunia kritikan melalui buku yang berjudul Theory of Literature yang dihasilkan oleh Rene Wellek dan Austin Warren. Perubahan dan peralihan pandangan kepada teori bahasa dan makna yang dipelopori oleh Plato dan Aristotle, terutamanya sistem tanda atau kod menyebabkan pendekatan ini berkembang menjadi semiotik.

PRINSIP-PRINSIP STRUKTURAL

Dalam strukturalisme juga terdapat prinsip-prinsip tertentu iaitu:

  • Kaitan
  • Keseluruhan
  • Transformasi
  • Regulasi Diri
  • Analisis Siinkronik
  • Desentralisasi Perkara

Kaitan
« Pendekatan ini melihat karya sastera sebagai suatu gagasan yang saling berkait antara satu sama lain.
Keseluruhan
« Strukruralisme menekankan keseluruhan unsur kerana menganggap sastera sebagai suatu sistem atau struktur iaitu suatu keseluruhan yang memiliki konvensi dan tradisi sendiri.
Transformasi
« Ahli-ahli strukturalisme tidak percaya kepada hokum sebab-akibat, mereka hanya percaya kepada hokum perubahan bentuk.
Regulasi Diri
« Teks mementingkan aturan-aturan kesusasteraan, corak serta peralatan yang menyebabkannya terbentuk dan keseluruhan sistem terlaksana ( teks ialah hasil sesuatu struktur yang menjadi pelengkap kepada struktur itu sendiri ).
Analisis Sinkronik
« Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada permasalahan bagaimana perkataan-perkataan di dalam teks berhubungan antara satu sama lain dan bagaimana teks dapat difahami melalui aturan-aturan kesusasteraan. Hal ini berkait dengan langue dan parole. Dalam analisis linguistik, langue ialah sistem bahasa atau linguistik yang abstrak, manakala parole ialah pertuturan sebenar yang dilaksanakan oleh seseorang penutur. Kedua-duanya menjadi la langue yang membentuk keseluruhan bagi memungkinkan teks ditulis dan dibaca.
Desentralisasi Perkara
« Unsur-unsur sejarah, pengarang dan pembaca diketepikan kerana berfokuskan kepada unsur-unsur dalaman teks. Tanpa mengatasi manusia dan tujuan pengarang. Pengarang dikatakan terpaksa tunduk kepada konvensi sastera yang mengongkong kebebasan. Kreativiti pengarang hanya berlaku apabila beliau mematuhi kesuluruhan sistem sastera ini.

KESIMPULAN

Demikianlah berkembangnya teori, kaedah dan pendekatan kritikan dari semasa ke semasa berasaskan pegangan-pengangan penelaahnya. Era strukturalisme diikuti era pasca-strukturalisme. Dalam era tersebut, lahirlah teori hermeneutik yang menentang oposisi duaan (binary opposition) kerana beranggapan bahawa unsure dalam sesebuah karya itu ada lebih daripada dua dan kajian harus melihat jaringan hubungan antara pelbagai unsure dalam suatu teks. Harus diingat bahawa teori-teori dalam era-era tersebut menghasilkan pendekatan-pendekatan moden. Selepas teori struktural, muncul teori dekonstruksi, teori semiologi atau semiotik, teori penerimaan, teori kebahasaan, teori kejiwaan dan teori dialogic erta teori kewanitaan yang melahirkan pendekatan dekonstruksi, pendekatan semiotik, pendekatan resepsi, pendekatan stilistik, pendekatan psikoanalisis dan pendekatan tipainduk, pendekatan intelektuaaliti serta pendekatan feminisme.

No comments: