Friday, January 25, 2008

TALIB SAMAT

Talib samat dilahirkan di Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 13 Mac tetapi beliau dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau telah mendapat pendidikan dasar di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Tiram, Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau, Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Maidee Baru. Semasa beliau menuntut di Sekolah Menenah Sultan Ismail, beliau telah mengambil Sijil Tinggi Persekolahan. Setelah tamat menambil STPM, beliau telah mengikuti rancangan pengajian luar kampus sehinga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1994. Pada tahun 1998 pula, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (M.A) dari USM. Ijazah ini telah diambil secara persendirian dengan penulisan tesisnya yang berjudul Gaya Kewartawanan Baru Dalam Tiga Pilihan Abdullan Hussain. Tesis ini kemudiannya telah diterbitkan sebagai buku dengan judul Gaya Kewartawanan Baru: Dimensi Kewartawanan dan Kesusasteraan terbitan Thinker’s Library Sdn. Bhd pada tahun 1998. selain itu juga, buku ini telah memenangi Hadiah Sastera Darul Ta’zim II 1999 bagi kategori buku kajian sastera. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ph. D di USM dengan penulisan tesisnya yang bertajuk Strategi Naratifd Dalam Fiksyen Shahnon Ahmad. Sebelum menjawat jawatan sekarang sebagai pensyarah kesusasteraan moden di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) mulai Oktober 1998, beliau terlebih dahulu pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai perancang bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982 hingga tahun 1984. beliau juga menjadi penolong editor majalah Peneroka di Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur pada tahun 1981. sebelum beliau bekerja tetap, beliau pernah bekerja sebagai buruh kasar dan buruh binaan di Johor.

Bidang penulisan yang diceburinya sejak tahun 1980 ialah rencana, esei/kritikan sastera, puisi, cerpen remaja, novel dewasa, drama televisyen, agama, biografi, sejarah dan juga umum. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku dalam bidang tersebut. Bukunya yang terkenal ialah 99 Nama Allah Yang Termasyur dan diulang cetak lebih tujuh kali oleh Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa ingeris oleh Saleha Briggite Abdullah dan diterbitkan denan judul 99 Most Eminent Names of Allah. Novel dewasa yang dihasilkan oleh beliau ialah Bumi merdeka(1987). Manakala dalam novel remajanya oula ialah Mencari Keredaan-Mu (1989), Gores-gores Kenangan (1990), Pangilan Jihad (1993), Panas Salju(1995), Melewati Zon Selesa dan Anak Pulau Mengejar Impian. Kumpulan cerpen persendirian beliau ialah Hanya Sampai Disini (1991) dan Lambaian Tanah Suci. Kumpulan drama pentas dan televisyennya berjudul Subuh (1996). Puisinya termuat dalam Mother Earth International Journal Vol. 4, No. 2. beliau jua telah memenangi lebih sepuluh hadiah dalam sayembara penulisan di Negara ini dalam bidang penulisan esei, buku kajian, novel remaja, ulasan buku dan sebagainya. Pada tahun 1999 beliau telah menerima hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 1999 daripada kerajaan Johor. Talib Samat juga bergerak aktif sebagai aktivis sastera melalui persatuan penulis joho (ppj) sebaai ahli jawatankuasa pada tahun 1991-1993. beliau juga merupakan setiausaha persatuan kesusasteraan bandingan Malaysia (PKBM) 1996-2000. menjadi Ketua Dua Persatuan Penulis kuala Lumpur. Beliau uga dilantik sebaai ahli jawatankuasa Persatuan karyawan Perak. Beliau kini memetap di No. 1, Jalan Bernam Baru, 35900 Tanjumg Malim, Perak.

No comments: